Friday, September 10, 2010

Ekonomi Terus Tercorot Tatkala Syawal !!

Malaysia corot dua lagi tangga dalam senarai Indeks Daya Saing Forum Ekonomi Dunia, ke tangga 26 dari 132 negara, dengan isu keselamatan, produktiviti dan pendidikan tinggi memerlukan penambahbaikan segera.
Ini adalah tahun kedua berturut-turut Malaysia jatuh dalam tangga negara paling berdaya saing, selepas turun 3 tangga dari tempat ke 21 tahun lepas. Jika kegagalan Perdana Menteri Najib Abdul Razak ini berterusan, maka dikhuatiri Malaysia akan terkeluar dari senarai 30 negara berdaya saing.
Sementara itu, republik Singapura kekal di tangga ketiga indeks selepas naik dua mata dari tempat kelima pada penggal 2008/2009. Dua lagi negara Asia, Jepun yang masih dalam proses pemulihan ekonomi naik dari tangga ke lapan ke tangga keenam, dan gergasi China naik dari tangga ke 29 ke tangga 27.
Pelbagai inisiatif kerajaan BN seperti penubuhan agensi Pemudah, Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan serta Model Ekonomi Baru gagal memperbaiki kedudukan Malaysia di mata dunia.
Portal The Malaysian Insider melaporkan pakar ekonomi, Dr Yeah Kim Leng melahirkan kebimbangan beliau.
"Jika kedudukan tidak bertambah baik tahun depan, bermakna kita tidak meraih apa-apa dan perlu melihat semula dasar-dasar kerajaan," kata Dr Yeah.
"Negara-negara lain bertambah-baik, justeru ia menuntut inisiatif transformasi dilaksanakan dengan pantas bagi mengekang kecorotan," tambah beliau.
Dr Yeah berkata 10 negara paling berdaya saing mengesahkan bahawa mereka maju kerana ekonomi yang amat berdaya-saing.
"Pokoknya adalah kita perlu melipat-gandakan usaha kita untuk menangani cabaran-cabaran kritikal. Isu yang Malaysia hadapi adalah isu struktur jangka masa panjang yang memerlukan dasar yang konsisten," katanya.
Forum Ekonomi Dunia menyorot perhatian kepada kecorotan kualiti institusi-institusi negara dalam jangka masa empat tahun, yang menolak Malaysia dari tangga ke 17 ke tangga ke 43, sebelum berlari-lari anak ke tangga 42 tahun ini.
WEF berpendapat Malaysia perlu menambahbaik sistem pendidikan tinggi negara, terutamanya kadar kemasukan yang rendah di peringkat menengah dan tinggi.
Malaysia juga disaran supaya menggiatkan lagi penggunaan teknologi bagi memacu produktiviti.
WEF berkata Switzerland mengekalkan tempat pertama dari 132 negara ekoran dari kapasiti yang tinggi untuk inovasi dan budaya perniagaan yang canggih.
"Institusi awam di Switzerland antara yang paling telus dan paling berkesan di dunia," kata WEF.
"Struktur urustadbir memastikan padang yang rata untuk semua, seraya menguja keyakinan; ini termasuk badan kehakiman yang bebas, kedaulatan undang-undang yang mantap, serta sektor awam yang amat bertanggungjawab."
Sementara itu, institusi awam Singapura turut disifatkan antara yang terbaik di dunia. Tetangga Malaysia itu menduduki tangga pertama untuk kadar rasuah yang amat rendah dan kecekapan kerajaan yang amat tinggi.
"Singapura mempunyai prasarana bertaraf dunia, dengan jalanraya, pelaburan dan pengangkutan udara yang cemerlang," kata WEF.
"Tambahan pula, daya saing negara itu didokong oleh tumpuan khusus kepada pendidikan, memberikan individu-individu di situ dengan kemahiran yang diperlukan menghadapi ekonomi sejagat yang sentiasa berubah-ubah," tegas WEF.

APA YANG NAK HERANKAN ??

DAH TAHU PENYAMUN UMNO NI XBUAT KERJA !!!

TAHU MAKAN GAJI BUTA !!!

MEROMPAK DAN MENINDAS RAKYAT LA AMALAN MEREKA !!!

LAGI PUN YANG AKU NAMPAK NAJIB BUKAN NYA AMBIL TAHU SANGAT PASAL NEGARA !!!

YANG PENTING BINI DIA JE.... IKUT CAKAP BINI !!!
MANA MARUAH BELIAU ?!!

MEMPERKAYAKAN KRONI SENDIRI TAPI NEGARA TERGADAI !!!

MALAYSIA NI DAH MAKIN NAZAK !!

SI PENYAMUN NI BOLEH LAGI BERDIAM DIRI !!!

KENAPA RAKYAT MASIH LAGI PERLU PILIH PENYAMUN UMNO UNTUK MENERAJUI TAMPUK PEMERINTAHAN ??

HUMBANKAN PENYAMUN UMNO PRU 13 !!

PANGKAH PAKATAN RAKYAT PRU 13 !!

No comments:

Post a Comment