Thursday, August 12, 2010

Isu Penyamun Umno lagi.........

tak habis-habis lagi isu penyamun ni gamaknya. yang terbaru nie psal penyamun MCA pula.
siapa lagi kalau bukan ketua pemuda MCA Dr Wee Ka Siong. ini isu penyelewengan yang berlaku di PKFZ.
kalau da penyamun tu memang penyamun  tak payah la nak cover line.
sume orang da tahu la.ko xpyah nak berselindung la.

kenapa ko nak perintah ex parte kepada Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Tan Sri Robert Phang? adakah ko takut penyelewengan ko akan terdedah?
tindakan ko ini  menguatkan lagi tafsiran bahawa ko memang ada kaitan dengan isu ini..

PENAKUT !!
PENAKUT !!
PENAKUT !!


NI PETIKAN DARI SUARA KEADILAN YANG AKU AMBIL

Ketua Pemuda MCA, Dr Wee Ka Siong masih lagi menyembunyikan isu sebenar mengenai pembabitannya dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) apabila mengemukakan perintah ex parte kepada Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Tan Sri Robert Phang.

Perkara itu terjadi ketika cubaan Robert untuk mendedahkan mengenai penglibatan Ka Siong dengan skandal penyelewengan PKFZ kepada pemberita semasa sidang media 22 Januari lalu di Kuala Lumpur.

Naib Presiden KEADILAN, R Sivarasa ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata, tindakan Wee menghalang Ro-bert mengaitkan dirinya dengan PKFZ, jelas menunjukkan tindak-an pengecut Ka Siong untuk mendedahkan hal sebenar kepada orang awam.
“Tindakan Ka Siong itu hanya akan menguatkan lagi tafsiran bahawa beliau memang ada kaitan dengan isu ini,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Sivarasa berkata, Ka Siong sepatutnya berani tampil memberi penjelasan untuk membersihkan namanya jika benar beliau tidak terlibat dalam skandal terbabit, dan bukannya menghalang pegawai SPRM daripada menjelaskan isu sebenar.
“Jelas, ada perkara yang beliau tidak mahu orang awam tahu mengenai penglibatan syarikatnya, Hijau Sekitar Sdn Bhd de-ngan isu penyelewengan PKFZ,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan wajar yang boleh diambil Robert, Sivarasa berkata, satu permohonan mahkamah bagi mengenepikan perintah ex parte itu boleh dikemukakan.
Terdahulu, Wee melalui peguamnya hadir bagi menghentikan sidang media yang dikendalikan Robert dan menyerahkan perintah ex parte bagi menghalang Robert daripada terus mengaitkan nama beliau dengan isu penyelewengan PKFZ.

No comments:

Post a Comment