Friday, August 20, 2010

JANGAN ULANGI PERISTIWA 13 MEI !!

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan sebuah pasukan petugas ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan pengetua sebuah sekolah di Kulai, Johor secara terbuka menghamburkan ucapan rasis pada pelajar.

NONEBeliau yang juga menteri pelajaran berkata, pasukan petugas itu dibentuk bagi mendapatkan fakta berkaitan dan merancang tindakan lanjut ekoran emosi pelbagai pihak semakin bergelora.

Menurut laporan polis yang tersebar, pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Siti Inshah Mansor didakwa mengeluarkan kata-kata berkenaan pada 12 Ogos ketika mengulas masalah disiplin pelajar.

Beliau didakwa menyatakan bahawa pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka.

Beliau juga didakwa berkata hanya anjing yang memakai tali seperti itu.

Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh berkata, terdapat banyak kenyataan bertentangan berhubung apa sebenarnya yang berlaku.

"Ada banyak perbezaan maklumat antara apa yang dikatakan dan apa yang dimaksudkannya. 

"Dan kedua-dua pihak buat laporan masing-masing," katanya merujuk kepada laporan polis oleh pelajar, ibu bapa dan pengetua itu sendiri.

Muhyiddn juga hari ini mendedahkan bahawa pengetua berkenaan telah memohon maaf. 



----------------------------------------------------------------------------------------------


HAR HAR HAR HAR....NI SEBAB PENGETUA TU TERPENGARUH DENGAN KO LA MUHYIDDIN !!


KO KAN SEKARANG JADI PELAKON OPERA YANG MANE DILAKONKAN OLEH KO SENDIRI DAN SOI LEK

KO SENDIRI YANG CUBA MENGHIDUPKAN FAHAMAN RASIS DALAM MASYARAKAT..


KESALAHAN ORANG LAIN KO BOLEH NAMPAK TAPI KO??


TAKKAN LA KO DAH LUPA TRAGEDI BERDARAH 13 MEI ??


JANGAN LA SESEKALI KO TU PENYEBAB TERJADINYA TRAGEDI TERSEBUT SEKALI LAGI..


APAKAH DENGAN ISU INI KO CUBA JATUHKAN NAJIB ?? MAKLUMLAH NAJIB KAN DIAM MEMBISU JE KEBELAKANGAN INI..MACAM ADA EMAS JE DALAM MULOT ATAU TELAH DISUAP???


KO SABAR MUHYIDDIN NANTI XMERASA LA PULA KERUSI PRESIDEN UMNO TU NANTI...


KO LAWAN NAJIB HABIS-HABISAN TAU...


HAR HAR HAR HAR......LANTAK KORANG LA PENYAMUN SAPE YANG DUDUK DI KERUSI PRESIDEN AKU XPEDULI...


AYUH HUMBANKAN PENYAMUN NI SEMUA DALAM PRU 13 NANTI....


PANGKAH PAKTAN RAKYAT !!!

No comments:

Post a Comment