Friday, August 27, 2010

Syabas Kepada Nurul Izzah !! Mengenai Pendedahan Tentang Kapal Selam Yang Tidak Boleh Menyelam !!

Nurul: ‘Lagi berdosa kalau saya biar kezaliman Umno-BN berterusan’

KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menyangkal dakwaan menteri Kabinet bahawa beliau berdosa, sebaliknya menegaskan “lagi berdosa kalau membiarkan kezaliman bermaharajalela.” “Sememangnya jihad terbesar adalah berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim.
“Justeru, panduan saya hanya al- Quran dan sunah, bukan sesetengah pimpinan yang memilih bulu dalam memperjuangkan prinsip,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini membalas pendirian Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Jamil Khir berkata mereka yang memburukkan negara sendiri dengan niat menimbulkan kekacauan disanggap berdosa.
“Kita kena sayangkan dan cintakan negara kita dan perlu bersedia dalam mempertahankan negara kerana ia merupakan satu jihad dan sudah pasti ganjarannya untuk orang yang berjihad ini juga besar.
“Maka, kalau besar ganjarannya, besarlah juga kesalahannya apabila seseorang itu memburukkan negaranya sendiri, maruah negara, di tempat orang dengan harapan negara akan jadi huru hara,” katanya.
Jamil Khir diminta mengulas laporan bahawa Nurul Izzah, yang didakwa mengeluarkan
kenyataan yang menjejaskan imej dan maruah negara dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar Indonesia baru-baru ini.
Dalam temu bual itu Nurul Izzah didakwa telah menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai dasar baru ekonomi serta memperkecilkan keupayaan kapal selam negara ini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini adalah salah seorang pemimpin sebenar yang kita harus sanjungi dan hormati..

Apa yang diperkatakan oleh Nurul Izzah adalah tepat sekali...

Apa guna kita beli kapal selam yang tidak boleh menyelam ??

Sudah lah mahal tak boleh menyelam pula tu...

Duit ni datang dari mana??

Xkan la rakyat rakyat akan terus diperbodohkan ??

Keselamatan negara memang penting tapi kalau kelengkapan yang dibeli itu rosak je memanjang buat apa hendak beli ??

Lebih baik beli yang baru...

Kalau lah Penyamun ashik dok bangkang cakap boleh menyelam apa buktinya ??

Kalau nak katakan ketika bertolak dari pengeluar ke Malaysia memang xboleh pakai la...

Mana ada bukti..Kita bukan tahu pun kalau kapal selam tu rosak tengah laut..

Klassified konon !! cakap la kita beli kapal selam yang rosak lepas tu nak guna duit rakyat untuk
baiki !

Rakyat sudah muak la dengan penipuan dan penyelewengan korang semua Penyamun Umno !!

Nak tunggu kapal selam tu karam dulu baru nak beritahu cerita sebenar??

Jangan sesekali marahkan seseorang itu sekiranya perkara buruk tentang Penyamun Umno didedahkan dan ia benar !! Nilaikan diri sendiri !!

Jangan menindas rakyat !!

Humbankan Penyamun Umno PRU 13 !!

No comments:

Post a Comment